Alhamdulilah..
tergerak hati untuk menulis di blog ini setelah sekian lama ditinggalkan..
2 April 2011..
satu lembaran baru telah pun bermula..
dari saat seorang anak di bawah jagaan ibu & ayah, kini telah berubah menjadi seorg isteri di bawah jagaan suami tercinta..
jam 2.30++, proses ijabkabul bermula di masjid as-syarif, meru..
alhamdulilah..bergelarlah isteri kepada Khairun Nizam Bin Mohd Shoib..
setelah begitu banyak ranjau berduri yg terpaksa diharungi, akhirnya baitul muslim yg dituntut Islam berjaya di bina..alhamdulilah..syukur kepada ALLAH..
Ya ALLAH ya Tuhanku,
Berkatilah perkahwinan kami,
kurniakanlah kami zuriat yg soleh solehah,
jadikanlah keluarga kami keluarga yg sering Engkau redhai..
hmm.agak lama tidak meng'update' blog ni.seperti ketandusan idea untuk mencoretkannya dalam blog ni..mungkin jugak kerana ke'bz'an melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar master? (^__^)
Tahun 2010 sudah menjelma..dan hari ini 7 Januari 2010 (dah hari ke-7 di tahun 2010)..kalau tahun islam,bagaimana pula? sudah 21 Muharram 1430 hijrah..setiap kali tahun baru tiba,mesti ada azam baru,target baru,cita2 baru,hidup baru,kalo boleh semua baru..tup2 ade kes penggunaan kalimah "ALLAH" di kalangan orang bukan ISLAM..orang2 ISLAM membantah..Alhamdulilah..ada kesedaran..tetapi jangan sampai di akhirat nanti ditanya - mengapa kamu memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH tapi tidak melaksanakan suruhannya? (sesetengah orangla..) adakah ini dinamakan zaman alaf baru? ataupun inilah yg dikatakan suasana di akhir zaman..isu ini sekaligus meneggelamkan isu kehilangan enjin jet pejuang bernilai 100 juta ringgit! hmm..things to ponder..
Tahun 2010 - bagi graduate tahun 2009,mengharapkan tahun 2010 akan memberi sinar baru pada diri masing2..dan diri ini pun termasuk dalam golongan itu..kalau bagi scholar petronas pula,sudah mencecah 6 bulan kalau mengikut kontrak untuk bekerja dengan petronas..
saya? alhamdulilah..hampir2 6 bulan menunggu,hampir2 mahu menuntut release letter dari petronas..tiba2 dipanggil untuk 2 sesi chitchat dari petronas..satu technical job,satu lagi non-technical job..jawapan dari technical job diterima "congratulations"..memberi harapan utk bekerja dlm technical job..tetapi..ALLAH itu lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya..surah Al-Baqarah ayat 216 terngiang2 di telinga,dan menjadi satu pegangan hidup..tindakan seterusnya - redha atas segala ketentuannya..dan yakin setiap yg berlaku ada hikmahnya..
surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
bila difikirkan kembali,mungkin keje non-technical sesuai dengan diri ini memandangkan akan meneruskan juga master yg sudah 6 bulan dihabiskan..tahun 2010 diteruskan dengan azam baru..MENGGENGGAM SKROL MASTER DI CONVOCATION NANTI..insyaALLAH..doakan yg terbaik..
.
.
.
Alhamdulilah,setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan,Allah kurniakan bulan kemenangan iaitu bulan Syawal..Bulan Syawal juga boleh dijadikan bulan utk bermaaf-maafan..(Selamat Hari Raya..Saya Mohon Maaf Atas Salah Silap yang saya lakukan kepada semua)Sedar tak sedar,hari ni dah masuk hari yang ke-11 bulan syawal..Masih belum terlambat kalau mahu menambah pahala..
Selepas bulan Ramadhan,bulan yg ditunggu2,puasa 6 di bulan syawal juga tidak akan dilepaskan..
Sebab ape?
Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)
Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.
Banyak pahala kalau kita puasa 6 ni di samping utk tips utk menjaga kesihatan.Yela dalam bulan puasa,perut kita telah berehat,apabila tiba bulan Syawal,tetiba kerja perut ni digunakan semaksimum yang mungkin,ia akan merosakkan perut..Jadi utk menjaga kesihatan,Puasa 6 ni amatlah sesuai..
Berkenaan dengan nak Puasa Qada' atau Puasa 6 pula,menurut ustaz Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ ::-> Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) Jadi,selesaikan dulu puasa Qada’(hutang) kemudian barulah menunaikan puasa 6 (sedekah). Hutang wajib bayar sedangkan sedekah adalah sunat. Begitu juga eloklah diasingkan antara puasa Qada’ dan puasa sunat.
Moga Allah merahmati kita semua.
Assalamualaikum...
Semua orang melaungkan merdeka! Di sambut dgn penuh sederhana pd tahun ini kerana kemuliaan bulan Ramadhan & H1N1..Alhamdulilah,sambutan kemerdekaan yg paling diredhai pd bulan Ramadhan ini dimulakan dgn majlis berbuka puasa,di ikuti dgn tahlil dan terawikh..dan diakhiri dgn ceramah yg membentuk jati diri seorang rakyat Malaysia yang muslim..hmm..sebenarnya,tidaklah sesukar mana pun jika dianjurkan sambutan kemerdekaan yg begini..
at same time at the other place..
Hampir 200 ditahan dalam operasi ambang merdeka
31/08/2009 11:31am
KUALA LUMPUR 31 Ogos — Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam “Ops Masih Ada yang Sayang” yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini.
Operasi selama lima jam bermula kira-kira 1 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor dan turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pegawai-pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang.
Pengerusi Perkid Selangor Masridzi Sat berkata kesemua mereka dalam lingkungan usia 20-an itu ditahan kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral seperti berpeleseran bersama pasangan masing-masing dan melepak di tempat awam.
“Kita amat prihatin masalah sosial di kalangan masyarakat yang semakin meningkat, sebab itu operasi ini diadakan agar mereka disedarkan ke jalan hidup berlandaskan agama Islam terutama cara menyambut sesuatu perayaan (kemerdekaan negara) bukan untuk keseronokan semata-mata dan tanpa matlamat hidup,” katanya kepada Bernama di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang di sini, hari ini.
Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang untuk diberi kaunseling dan ceramah agama berkenaan pegangan agama yang betul seperti cara meraikan kemerdekaan negara mengikut acuan agama Islam.
Masridzi berkata kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila sesi kaunseling berakhir selepas solat Subuh.
Operasi yang membabitkan 90 anggota itu dijalankan di beberapa lokasi secara serentak termasuk di Bukit Langat, Taman Bukit Permai dan Taman Tasik Pandan bertujuan mencegah kegiatan maksiat dan gejala sosial.
— BERNAMA
semoga ALLAH sentiasa membimbing kita ke jalan-NYA - ISLAM..
ISLAM tidak boleh di ambil separuh2..tetapi mestilah amalkan semua ajarannya..
MERDEKA kan diri dari NERAKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Perancangan itu penting.Perancangan tentang hala tuju hidup kita kenalah rancang dengan teliti.Tapi sehebat mana pun perancangan kita,ALLAH itu lagi Maha mengetahui apa yang terbaik utk hambanya dan DIA lah sebaik2 perancang.
Pilihan yang dibuat pula akan menentukan masa depan kita.Tapi adakalanya kita akan "mengikut" saja apa yang berlaku disekeliling kita.Adakah kita lalang??
Cara yang berkesan utk membuat keputusan samada sekecil2 atau sebesar2 keputusan adalah dengan membuat solat istikharah dan redha atas segala ketentuanNYA..Bersihkan fikiran dari sebarang anasir2 yg akan mempengaruhi istikharah itu..Yakinlah ALLAH sentiasa menolong hambaNYA..Jawapan istikharah tidak semestinya di dalam mimpi..jawapan boleh juga diterima melalui ALLAH mudahkan urusan,ALLAH tenangkan hati kita,ALLAH seperti memberitahu itulah yg terbaik utk kita..
Sebenarnya,tanpa kita sedari..ALLAH telah menyiapkan diri kita utk membuat keputusan yang bakal merubah hidup kita..Yang paling penting,kebergantungan pada ALLAH mesti 100%..Yakinlah pada kasih sayangNYA..
Apabila keputusan telah dibuat seperti yang dirancang..
Berdoalah semoga ini yang terbaik dan yakin inilah yang terbaik dari-MU Ya ALLAH..
Rancang dengan apa yang ada di tangan...
bukan yang kita angan-angankan...
membina cita dan harapan...
bukan mimpi dan igauan...
Bachelor Degree (Hons) of Chemical Engineering (graduated)
Msc in Mechanical Engineering (present)
.......................................
Sahabat..
Kawan..
Sahabat..
Kawan..
Ade beza ke sahabat dan kawan?
Hmm..pernah dapat msg dari seseorang..
"Indahnya persahabatan ini,
di kala lupa ada yang mengingati,
dikala tersilap ada yang menasihati,
di dunia jasad & hatinya menemani,
di kubur nanti pasti doanya mengiringi.."
apa yang boleh saya simpulkan adalah, kalau kawan ni, masa senang dia ada..tapi masa susah hilang entah ke mana..kawan ini,boleh kata takkan kekal..
kata frenz 4 eva..tapi..hakikatnya..
lagi satu,kawan ni mudah dicari dan mudah juga untuk di lupai..
Sahabat pula sangat susah untuk di cari..kira 1 dalam seribu lah..sahabat ni menerima diri kita seadanya..berlapang dada atau sentiasa berbaik sangka..susahlah nak cari sahabat ni..
"Persahabatan itu seperti tangan dan mata..
saat tangan terluka, mata menangis..
saat mata menangis, tangan menghapusnya.."
Carilah sahabat apabila dilihat wajahnya teringat akan ALLAH..
Mendengar perbualannya iman kita bertambah dan bila kita mendampinginya kita akan tenang..Itulah sahabat sejati..
TETAPI..kita ni selalu request macam2..nak sahabat paham kita la.. nak sahabat yang baik hati la..nak sahabat yang care pd kita la..nak tu..nak ni..nak....
kita? boleh ke jadi macam yg kita nak sahabat kita jadi tu? kita boleh ke paham sahabat kita tu? kita boleh ke care kat sahabat kita tu..?
Sahabat yang beriman ibarat mentari yg menyinar,
sahabat yg setia bagaikan pewangi yang mengharumkan,
sahabat sejati menjadi pendorong impian,
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH..
Ku dambakan sahabat seperti saidina Abu Bakar..
Yang sentiasa bersama Rasullululah di kala susah..
Yang sentiasa menyokong Rasullullah walaupun di hina di caci..
Yang sentiasa sanggup menahan derita walaupun di patuk ular..
Sahabat-sahabat ku..
adakah stakat di UTP sahaja persahabatan kita?
kenangan kita bersama di kala suka dan duka takkan kulupai..
sayang kamu semua kerana ALLAH..
kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH..
jika tidak bertemu lagi di dunia yang sementara ini..
kita bertemu lagi di alam yang kekal nanti..
"Beauty of FRIENDSHIP is based on respect,
joy of FRIENDSHIP is based on trust and..
strength of FRIENDSHIP is based on LOVE to ALLAH.."
:: counting days left at UTP ::

Rezeki ALLAH datang tanpa di duga..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Sesungguhnya tiada kata yg dpt diucapkan melainkan hanya syukur pd-NYA..
Solat Hajat & iktikharah dilakukan..
Master atau bekerja?
Semuanya seperti dipermudahkan..
Untuk menyambung master tiada masalah..
Tajuk research yg kena dgn jiwa..
Supervisor yg baik begitu mudah memberi green light utk diri ini menjadi student under supervisornya..
walaupun baru diperingkat application,terasa seperti sudah nampak masa depan..
Sedang bertungkus lumus mengusahakan master application,dikejutkan lagi dengan satu beerita..diri ini terpilih utk structured interview PETRONAS yg hanya baru puluhan student terpilih dari ratusan student..ALLAHUAKBAR!
Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang..
Apa sahaja yg ENgkau tentukan,ku mohon agar dipermudahkan segalanya..AMIN..
MASTER & PETRONAS..
ReZeKi ALLAH..