Wednesday, September 30, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Alhamdulilah,setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan,Allah kurniakan bulan kemenangan iaitu bulan Syawal..Bulan Syawal juga boleh dijadikan bulan utk bermaaf-maafan..(Selamat Hari Raya..Saya Mohon Maaf Atas Salah Silap yang saya lakukan kepada semua)Sedar tak sedar,hari ni dah masuk hari yang ke-11 bulan syawal..Masih belum terlambat kalau mahu menambah pahala..

Selepas bulan Ramadhan,bulan yg ditunggu2,puasa 6 di bulan syawal juga tidak akan dilepaskan..
Sebab ape?

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Banyak pahala kalau kita puasa 6 ni di samping utk tips utk menjaga kesihatan.Yela dalam bulan puasa,perut kita telah berehat,apabila tiba bulan Syawal,tetiba kerja perut ni digunakan semaksimum yang mungkin,ia akan merosakkan perut..Jadi utk menjaga kesihatan,Puasa 6 ni amatlah sesuai..

Berkenaan dengan nak Puasa Qada' atau Puasa 6 pula,menurut ustaz Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ ::-> Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) Jadi,selesaikan dulu puasa Qada’(hutang) kemudian barulah menunaikan puasa 6 (sedekah). Hutang wajib bayar sedangkan sedekah adalah sunat. Begitu juga eloklah diasingkan antara puasa Qada’ dan puasa sunat.

Moga Allah merahmati kita semua.