Selepas Najlaa berumur 7 bulan setengah barulah nak update pasal kelahiran..
tak sempat nk update sebelum ni..ish2,sibu sangat agaknya, atau buat2 sibuk? hehe..
Sambungan dari post terdahulu, selepas jumpa Dr Fauziah hari isnin, sy masih bekerja masuk ke ofis sehingga hari rabu..tapi rabu tu, baru call ibu bagitau apa yang berlaku, ibu marah sebab tak masuk hospital lagi..
sy pun berbelah bahagi, dah rabu malam tu jugak pergi serah diri kat hospital walaupun takde contraction lagi.. :(
Pagi tu, Doktor check & drip air untuk kuatkan contraction katanya..kali ni sy menolak untuk mengambil epidural atas pengalaman dulu yang mana epidural tidak berkesan untuk sy semasa melahirkan Durratul Mujahidah..
Contraction semakin kuat menjelang tengahari, banyak kali panggil nurse supaya panggilkan doktor sebab rasa nak bersalin dah..sehingga ada satu ketika, nurse suruh baring mengiring dan nurse kata kalau nak teran, teran je dan nurse pun keluar dari labour room tu..selepas nurse keluar, apabila contraction datang, sy pun terus push sambil mengiring dan ditemani suami tercinta..tak sampai seminit, suami terdengar bunyi dan bila tengok, kepala baby dah keluar dah!!
Dengan tenang panggil nurse lagi, nurse pun datang dan bila tengok kepala baby dah keluar, baru kelamkabut panggil doktor dan buat preparation..rupa2nya Dr Fauziah ada je di kaunter masa sy push tu..nurse tak panggil masa awal2 tu..huh? no komen..
alhamdulilah, senang je nk push untuk keluarkan badan baby..doktor terus angkat & nampak mata najlaa bulat pandang saya..subhanallah..masa mula2 doktor angkat tu, najlaa tak nangis pun..alhamdulilah..Durratun Najlaa dilahirkan pada 12 September 2013 jam 2.05 petang di Hospital Ampang Puteri, orang yg pertama lihat najlaa adalah abi nye sendiri, suami tercinta.. :)
yang sy seronok bersalin kali ni, tiada jahitan di bawah tu.. alhamdulilah..
masa pantang pun senang jaga...
Durratun Najlaa Bt Khairun Nizam