Tuesday, April 21, 2009

Rezeki ALLAH



Rezeki ALLAH datang tanpa di duga..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Sesungguhnya tiada kata yg dpt diucapkan melainkan hanya syukur pd-NYA..

Solat Hajat & iktikharah dilakukan..
Master atau bekerja?

Semuanya seperti dipermudahkan..
Untuk menyambung master tiada masalah..
Tajuk research yg kena dgn jiwa..
Supervisor yg baik begitu mudah memberi green light utk diri ini menjadi student under supervisornya..
walaupun baru diperingkat application,terasa seperti sudah nampak masa depan..

Sedang bertungkus lumus mengusahakan master application,dikejutkan lagi dengan satu beerita..diri ini terpilih utk structured interview PETRONAS yg hanya baru puluhan student terpilih dari ratusan student..ALLAHUAKBAR!

Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang..
Apa sahaja yg ENgkau tentukan,ku mohon agar dipermudahkan segalanya..AMIN..

MASTER & PETRONAS..

ReZeKi ALLAH..

Saturday, April 18, 2009

LaGu RaSMi RaKaN MaSJiD UTP

Bersatulah kita di jalan ALLAH
Berjihadlah kita di medan ALLAH
Menegakkan syiar ISLAM tercinta
Moga mendapat keredhaanNYA

Perjuangan ini satu perdagangan
Selamatkan kita dari azab neraka
Itulah janji Allah yang Esa
Tuhan sekalian alam semesta

Perjuangan ini tidaklah muda
Penuh dengan noda dan ranjau dunia
Bersatulah kita di jalan Allah
Demi menegakkan Islam tercinta

Bersatulah kita di jalan ALLAH
Berjihadlah kita di jalan ALLAH
Demi membina bi'ah solehah
Bersama perjuangan Rakan Masjid tercinta

Perjuangan ini tidaklah mudah
Penuh dengan noda dan ranjau dunia
Bersatulah kita di jalan Allah
Demi menegakkan Islam tercinta

Bersatulah kita di jalan Allah
Berjihadlah kita di jalan ALLAH
Demi membina bi'ah solehah
Bersama perjuangan Rakan Masjid tercinta

Perjuangan ini satu perdagangan
Selamatkan kita dari azab neraka
Itulah janji Allah yang Esa
Tuhan sekalian alam semesta



lagu Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS ni kalau dihayati betul2..betapa kita akan merasa yang kita ini hanyalah kerdil di mataNYA..dan perlunya kita bersatu dan berjuang untuk ISLAM..dimana inilah "tambang" yg perlu kita "sediakan" bila menghadap ALLAH di akhirat nanti..

harap2nya "tambang" ni mencukupi bila sampai masanya..
takut2 "tambang" ni telah berkurang spjg masa perjalanan kita menuju pdNYA sbb dosa2 yg telah dilakukan..either small or big..nau'zubillah..

Ya ALLAH..Ampunkanlah Dosa2ku..

Sesungguhnya..engkaulah Maha Pengampun dan penyayang..

Wednesday, April 1, 2009

10 Wasiat Imam Syafie




SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya. InsyaALLAH..


" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

NuR CaHaYa ULtRaVioLet


NuR CaHaYa ULtRaVioLet??

ape maksudnya tu?

NuR = CaHaYa..

Kenapa pilih nama ni?

Kerana ada kata2 hikmah yg berbunyi :-

Hidayah seperti cahaya tak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya


Cahaya itu seperti hidayah yg dikurniakan ALLAH s.w.t kepada semua hambanya tidak mengenal usia,pangkat dan darjat..akan tetapi,jika kita tidak menghargai hidayah yg ALLAH kurniakan,tidak mustahil DIA akan menarik balik hidayah itu..oleh itu,sentiasanya buka jendela di kamar anda..janganlah menutup jendela anda dengan perbuatan2 yg ALLAH murkai..(jendela=hati)


Ultraviolet?


Apa pulak tu? Hmm..Sejenis elektromagnetic radiation yg seangkatan dengan sinaran x-ray..
Sinaran yg boleh mendatangkan kebaikan kpd manusia..
Boleh memberi vitamin D pd kulit..kalau siapa yg biasa bekerja dgn duit pulak,mesti gunakan sinaran ultrviolet (UV) untuk check either duit ni palsu atau tidak..lampu UV pulak boleh digunakan utk men"steril"kan tempat atau barang2 di dalam makmal biologi atau makmal perubatan..pendek kata,banyak la kegunaan UV ni..

So...NuR CaHaYa ULtRaVioLeT..(boleh dijadikan nama orang ni..)

Diharap dapat memberi cahaya kpd semua orang di seluruh dunia..

I have to variety my languange in this blog so that the NuR can reach everyone..InsyaALLAH..