Sunday, May 24, 2009

SaHaBaT vs KaWaN

Sahabat..
Kawan..
Sahabat..
Kawan..
Ade beza ke sahabat dan kawan?

Hmm..pernah dapat msg dari seseorang..

"Indahnya persahabatan ini,
di kala lupa ada yang mengingati,
dikala tersilap ada yang menasihati,
di dunia jasad & hatinya menemani,
di kubur nanti pasti doanya mengiringi.."

apa yang boleh saya simpulkan adalah, kalau kawan ni, masa senang dia ada..tapi masa susah hilang entah ke mana..kawan ini,boleh kata takkan kekal..
kata frenz 4 eva..tapi..hakikatnya..
lagi satu,kawan ni mudah dicari dan mudah juga untuk di lupai..

Sahabat pula sangat susah untuk di cari..kira 1 dalam seribu lah..sahabat ni menerima diri kita seadanya..berlapang dada atau sentiasa berbaik sangka..susahlah nak cari sahabat ni..

"Persahabatan itu seperti tangan dan mata..
saat tangan terluka, mata menangis..
saat mata menangis, tangan menghapusnya.."


Carilah sahabat apabila dilihat wajahnya teringat akan ALLAH..
Mendengar perbualannya iman kita bertambah dan bila kita mendampinginya kita akan tenang..Itulah sahabat sejati..

TETAPI..kita ni selalu request macam2..nak sahabat paham kita la.. nak sahabat yang baik hati la..nak sahabat yang care pd kita la..nak tu..nak ni..nak....

kita? boleh ke jadi macam yg kita nak sahabat kita jadi tu? kita boleh ke paham sahabat kita tu? kita boleh ke care kat sahabat kita tu..?

Sahabat yang beriman ibarat mentari yg menyinar,
sahabat yg setia bagaikan pewangi yang mengharumkan,
sahabat sejati menjadi pendorong impian,
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH..


Ku dambakan sahabat seperti saidina Abu Bakar..
Yang sentiasa bersama Rasullululah di kala susah..
Yang sentiasa menyokong Rasullullah walaupun di hina di caci..
Yang sentiasa sanggup menahan derita walaupun di patuk ular..

Sahabat-sahabat ku..
adakah stakat di UTP sahaja persahabatan kita?
kenangan kita bersama di kala suka dan duka takkan kulupai..
sayang kamu semua kerana ALLAH..

kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH..

jika tidak bertemu lagi di dunia yang sementara ini..
kita bertemu lagi di alam yang kekal nanti..


"Beauty of FRIENDSHIP is based on respect,
joy of FRIENDSHIP is based on trust and..
strength of FRIENDSHIP is based on LOVE to ALLAH.."


:: counting days left at UTP ::

No comments:

Post a Comment